BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 27, 2013

2014: Tugasku

Alhamdulillah syukur pada Allah masih panjangkan umur saya sehingga detik ini...

2014 merupakan tahun ke 7 perkhidmatan saya sebagai seorang cikgu... Tak sangka.. Sangat cepat 

masa beredar... Saya selalu rasa macam saya masih 'junior'.. Hehe

Cabaran bakal saya galas pada tahun depan ialah:

1. Pegawai aset alih ( bidang baru buat saya.. Masa sekolah first posting dulu saya banyak berurusan di bidang kurikulum... N saya selalu rasa kerja2 menguruskan harta benda sekolah ni  terlalu di luar pdp)

2. Setiusaha kebajikan dan bantuan murid(bidang ni pertama kali saya ceburi dalam tempoh perkhidmatan saya..tp saya suka sebab macam ibu.. Dulu2 saya selalu nampak fail kwpam kat rumah.. N ibu sibuk menguruskan kebajikan murid.. Kini saya berada dijawatan yang sama.. Saya suka.. Mcm ibu)

3. Ketua rumah sukan ( hehe.. Yang ni pun pertama kali juga saya pegang...)

4. JU KBAT sekolah... ( sbb saya telah diberi kursus 5 hari ttg Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pdp sains..huhu KBAT la sangat...)

5. Pengurus projek program 'kau yang kusayang' .. ( bukan main lagi tajuk program .. Saya pn tak pasti program apakah ini)

6.  Penyelaras sains tingkatan 3

7. Penasihat persatuan sains dan matematik

8. Penasihat  PBSM

Dan tugas utama saya... Mengajar subjek biologi f4, sains f3 dan matematik f2...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya....

0 comments: